Royal Black

Iftar Jamaiee

Hai Assalamualaikum peeps .

Banyak benda nak di update sebenarnya sampai dah banyak cerita basi. so cerita basi tu pause la dulu. dah alang alang basi . Hewhew

Well, Ramadhan has already ended. Touched. I don't think i give my best for this year's Ramadhan. Allah. Hoping to meet lovely Ramadhan again next year and do much better . InsyaaAllah.


sebelum balik cuti rayee, kitaorang ari tuu berpakat wat iftar dengan bebudak G5 putri SmakL. KFC Pengkalan Chepa menjadi pilihan kami . wuwuuu.

# berkumpul dekat umah emah dulu

                                                           # kete first here we gooo

                                                # Background belakang tu pentingg ! Hohoo ;p

                                                           #  Hanya sepuluh gadis only ;)

                                                                      # my crush . haha *koyaa --"


                               

Wish List Yang terlalu Wishful thinking

Hello & Assalamualaikum semua !

Setelah aku dah delay ewah delay entri pasal wishlist aku. Harini baru ada masa and perfect time nak update . Sebelum tu , Salam months ogos  semoga bulan ini jadi yang lebih baik dari previous months. ok dengan lafaz bismillah. Wa nak cerita mengapanya pun wishlist dua sebegitu rupa ,kenapa tak mintak bag sembonia bebanyak ke kasut vincii bebanyak. Well , mari aku cerita kan. Meh sini meh * tepuk tepuk kerusi plastik bebanyak kat depan*

WISHLIST IS LOVE



1# Samsung Galaxy SIII


 Amik saja buat gedabak bagi semua dapat baca features hot dia.Aku more to need dari want . Why? kerana ia ohsem dan memenuhi citarasa gadis semasa seperti i. kihkih betul , oleh kerana handphone aku pun makin lama makin gila lepastu tengok menganga je orang pakai BB sampai dah basi dah , orang pakai Iphone pun aku nganga je nak nak tak dapat. aku stick aku nak benda alah ni. Tapi macam mana tu nak nak tu .Ok in my dream! tapi Samsung SIII ni hensem gila kan. 

2# Nikon J1 in white colour

*cair banjir satu lantai jap* Satu family tahu betapa aku suka kamera , aku akan bawak kemana mana  dan memang aku tak sekaya dan tak mampu nak beli. Ekhem sebab ye ah ,adik beradik aku ramai semua perlu sapu duit ayah aku ,jadi benda benda cenggini biasa nya harus guna pakai duit sendiri. Part tu paling susah sekali , duit aku buat habis makan 5 kali sehari , pastu lawan nafsu dilemma beli baju dan nak menabung itu benda ini.Whatever it is ,aku survey banyak kamera and aku jatuh cinta 110 percent kat yang ini :')

3# new bicycle 


Comel kan ! Kan kan . Ok aku pemalas exercise , aku suka menari main basikal and sahaja. Jadi aku nak basikal baru untuk sihat dan kerat lemak lemak di badan dengan cara berhemah. I WANT THIS. EXACTLY. eh demand. Alah kata WISHlist.


4# my own car


Eh dah basikal nak kereta pula. Haruslah . Kau sanggup naik basikal tempat jauh hehari? Tak kan. A car is needed k lagi lagi untuk pelajar seperti aku. muktamad. keta swift  memang idaman wa weh.Tapi tu macam HAHAHA impossible. kalau mampu pun aku time tu dah ada 5 anak 2 cucu agaknya. very cute kan ! :D

5# instax camera Film


Oh no no , I already have the camera . I just want filem dia banyak banyak. sebab film dia dlm rm30+ and 10 keping saja. So Haish payah k nak cari and bila dah jumpa takde duit pulak. So kalau dapat ni 50 keping pun dah boleh bawak nangis. 100 lagi nangis the whole night. hahahaha over tau ! Ok dah.


Ok SEMUA IN MY DREAM . aku boleh beli if kerja nanti lah , tapi time tu tak sama sangat dah. itsokay ,aku happy berangan tentang semua ini. *pasrah habis* . Ha sebagai wanita kenapa wishlist aku bukan kasut or baju yang banyak? kerana 5 benda di atas ini lebih bermakna dan berguna much more & aku suka gadget. Kan aku dah kata , interest aku pepelik. I laki sebenarnya, choi ! Astaghfirullah. Tak tak .hormon lelaki je melebih sikit.

Tapi fitrah masih gadis. Alhamdulillah, itu pasti.

GirL FrenD :]

Assalamualaikum, hye peeps !

Harap semua berada dalam sihat walafiat belake deh.
Hari nie just nak share perasaan gembira hati inii. Rindu nyaa aku kat sahabat aku nie .
Bukan senang nak buat date finally dapat jugak jumpa Inah dengan Tenten, after plan jadi and tak jadi.. well well we had a good time toghether tho. hehee :)
- ini lah kawan rapat saya time sekolah rendah lagi. suke buat kelakar, buat saya hepi, sedih, caring, boleh sharing semua cerita, saya bahagia dengan mereka ^_^  untong rasenyaa. Terima Kasih Allah kerana menghadirkan mereka dalam hidup saya. 







# Inah ,tenten . tq for spent a whole day wf me. you all made my day. Sayang kamu semua kerana Allah. :] Ukuwah Fillah !
 

Cuti Sem [:

assalamualaikum semua ^^

Dah lama gila tak update belog. Apa benda lah , kesian blog ni. huhuu.

Yeayyy alhamdulilah final Exam sem II dah selesai so berdoa mengharap je lah dapat result yang cemerlang nanti. Ameen :)

So nothing much to blog about . Just nak share how did i spend my last weekend haritu . sebelum balik umah jalan jalan dulu, cuci cuci mata dulu kat KL. hari tuu pegi pon tak lame dalam 4 5 hari macam tuu laa. Hee2 :p memang enjoy puass2 !

                                                                # bersamaa Teah

                                                       # at Stesen Hentian Putra (-,-)Y peacee

                             #  nii nak perkenalkan k.ain ng k.echaa gilaa sporting dyorg, baek lak tuu.
                                                      salam ukuwahh kakak UPM ^_^


                   # hooorey first tym menjejaki kaki kt times squaree. ha2. Darat pulak -,-
             huhuu. besttt ngat tp x maen pon.seriyauu nak maen teringat citer Final Dstination wkaka:D

                                               # at Times squaree belakang tuu tangga piano

                                                            # Tangga pianoo

                                       # central Park . Barang kat cnii semuanya harga comey2 :D

                                            # kecoh Hantu Rayaa :D kelakar betuiii citee nip

                        # nasi ayam penyek. gurlpppp ~ mengenyanggkangg :D

                                          # at The Mines . tantek tantekk pemadangann diaa  :)

                                                                          # hehee :P



                        sekian saja lahh percutiann saya kali inii. . hehee. semoga cuti ini kita lapangkan dengan perkara bermanfaat dan berfaedah. sekian dari sayeee. peacee yaww (^_^)Y wasasalam [:







      




Lelaki Baik Untuk Perempuan Baik, Perempuan Baik Untuk Lelaki Baik

Assalamualaikum ♥


"Finding the right man for marriage
is the second challenge.
The first challenge is to be the right woman
that a right man wants to marry."

bila dah semakin matang,  aku  selalu impikan lelaki yang baik lagi soleh. tak kisahlah kalau kalau dia pernah nakal dulu. dan aku yakin, bukan aku saja impikan lelaki macam tu tapi mungkin hampir semua perempuan.

tapi, terfikir tak layakkah kita semua (perempuan) untuk lelaki yang kita selama ni idamkan? lelaki baik lagi soleh. lelaki yang pandai menjaga agamanya. pandai pulak jaga nama. hmm. macam nak simpan dalam almari. sayang. takut nanti perempuan lain ambik.

hikhik.

pernah dengar ayat ini dari Surah an-Nur ayat ke 26?
Allah S.W.T berfirman:
Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 

walaupun, ayat ini bukan lah satu janji dari ALLAH, tapi ia adalah satu peringatan dari-Nya, semua orang melakukan kesalahan, dan semua orang berhak untuk berubah dan berhak mendapat yang terbaik.

quote dan potongan Surah an-Nur atas tu, ada kaitan. sebagaimana aku takda la bagus mana sangat dalam bab agama tapi aku nak sangat kongsi dengan semua.

 "kalau nak pilih pasangan, pilih yang yang baik baik. InsyaALLAH selamat dunia akhirat. tapi sebelum mencari pasangan yang baik, diri sendiri pun kena jadi baik. perempuan baik untuk lelaki baik, lelaki baik untuk perempuan baik.

kalau berubah, berubah kerana ALLAH, jangan kerana "dia" kalau kamu berubah sebab dia, dia suruh suka perempuan pakai tudung, kamu pakai tudung, buat baik sebab nak dapat dia, nanti bila tak dapat dia, kamu mula la nak nangis nangis, nak berubah la.

sebab kamu tak ikhlas lagi.


tapi, bila kamu berubah untuk ALLAH, nanti kamu takkan sedih bila ALLAH beri ujian kat kamu kalau dapat lelaki tak berapa baik. insyaALLAH, ALLAh juga jaga kamu dan tolong kamu untuk berubah. pahala pun kamu dapat.


selalunya, lelaki baik akan dapat perempuan baik. tapi kalau kita dah baik, tapi dapat lelaki tak berapa baik tu, anggaplah tu ujian."


betul bukan? :')

untuk cari pasangan yang betul memang susah. tapi lagi susah untuk betulkan diri. kalau nak lelaki yang jaga solat, terlebih dahulu, kita sendiri yang patut jaga solat kita. kalau nak lelaki yang pandai jaga duit bagai, sepatutnya, kita sendiri yang betulkan diri kita untuk pandai jaga diri.

aku pernah. berubah untuk lelaki. sekali lelaki tu ada perempuan lain, aku down sangat sangat. sebab bagi aku, dialah lelaki yang paling bagus aku pernah jumpa. hampir sempurna kepada ciri ciri lelaki yang aku suka.  (cis.. -.-' terpaksa bagitau semua ni)

tapi, makin lama aku cuba betulkan diri aku sendiri. ikhlaskan diri berubah kerana ALLAH. bukan senang, sungguh susah. tapi Alhamdulillah. ALLAH akan selalu bantu hamba hambanya yang berubah ke arah kebaikan dan selalu berdoa.

dan yakinlah pada ALLAH, ALLAH tak pernah salah memberi sesuatu kepada hamba-Nya.


dan aku selalu ingatkan diri aku, perkahwinan, bukanlah sesuatu yang suka suka. penuh dengan tanggungjawab, amanah, ujian, dan bukanlah untuk jangka masa yang pendek, tapi selama kita hidup dan InsyaALLAH akan diteruskan hingga ke generasi infiniti.

dan aku faham, kenapa perkahwinan selalu dikaitkan dengan 'Bina Masjid' dan bukan Kem Bina Negara ataupun Bina Rumah bukan juga Bina Supermarket -.-'

sebab musabab, dengan harapan, dengan berkahwin, kita seperti membina Masjid. yang suatu hari nanti kita akan penuhi masjid kita dengan jemaah yang soleh dan solehah. yang selalu dekatkan diri dengan ALLAH. jemaah kita yang penuhkan masjidkan kita tu adalah Anak Anak kita seterusnya.

sweetkan

semoga kita semua sudah bersedia untuk berubah ke arah kebaikan dan terus istiqamah. dan semoga kita semua akan ditemukan dengan pasangan idaman kita semua.  amin

Jodoh itu rahsia ALLAH. dan ALLAH telah pun tertulis jodoh terbaik untuk kita di luh mahuz.

p/s : maaf kalau ada salah, harap terus betulkan